Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

jom layan doodle yg menarik ni ;D

assalamualaikum



terasa??pedas x???uih, aq pon merasa gak lepas baca ni..
ya ALLAH, ampunilah dosa hamba-Mu ini..
berilah aq peluang untuk terus mencuba, menjauhi diri daripada terlalu mengikut nafsu pemberian-Mu..

alhamdulillah, tahniah kepada sesiapa yang berjaya menghabiskan bacaan ilmu ini..
marilah kita penuhi masa lapang kita dengan membaca cerita2 dan pelbagai qoutes menarik melalui doodle dari Doodle Dakwah ini ye..sape ada doodle yg menarik pon boleh di kongsi bersama di situ..
salam'alaik :)

Saturday, 17 March 2012

kepada followers blog ku ;)

assalamualaikum..

memandangkan post ni special tuk ang suma wahai pengikut..hahaha *mcm gengster pulak.. ceq letak wrna purple tulisan dia..tp kalo ceq dh post nnt, ceq rasa x sesuai, ceq tukaq naaa ;)

okay, memandangkan aq ni lahir TERENGGANU, umah bertukar2 sekejap kat kl, selangor, terengganu, melaka dan paling lama johor.so, aq rasa x nk lah guna bhs utagha tu..x reti pon, memandai je..hahaha


okay, ini isi penting entry kali ni.. *fokus,fokus :)

aq sebagai pemilik blog ceritahatihanna yang x seberapa ni sangat MENGHARGAI anda semua wahai followers ku..terima kasih banyak-banyak la sbb sudi nk jd follower aq..


aq tau sgt x bermanfaat penat lelah korg g tekan button follow kat blog aq ni, tmbh pulak tyme tu internet lembap kene tngu lama dye nk sahkan kalian menjadi follower.sampai rasa macam 'alah, x yah la follow blog ni'(HAHAHAHA padahal pernah jd kat diri sndri sblm ni.. *booo hanna) 
aq rasa mesti ada rasa menyesal dlm jiwa korg semua bila lama2 tgk blog aq ni kn??? dh la bckground x cun, entry ntah pape, lagu x menenangkan, pastu x pernah2 nk update post pulak tu..dan mungkin juga ada yg lepas follow, x pernah teringin pulak nk tekan butang open tuk blog aq ni..
haish, malang nye nasib korg sume..

jadi dengan ini, saya, siti nurfarhana mu'minin memohon ampun kepada anda semua followers tersayang sume wpon raya lambat lagi..kerana memenuhkan senarai org yg korg follow tp x memberi manfaat pon kat korg..(macam wakil rakyat x??HAHAHA) 


serious balik..erm, maaf lah ye..
di saat ni, aq berjanji akn berusaha mengupdate entry blog ni kalo x bz demi anda semua wahai followers ku..dan aq berusaha mencari seberapa banyak info menarik utk dikongsikan bersama kalian demi  tidak membazirkan masa kalian ke arah perkara2 yang tidak bermanfaat..

yang terakhir, sory kalo segala kata2 aq ni terlalu paranoid terhadap sesapa terutamanya korg.. *btul ke penggunaan paranoid di situ??lantaklah, janji ikhlas.. urm, aq ni mmg cmni, dh try nk ubah dh..tp mesti ada je dlm diri aq ni, pemikiran dan perasaan yang org len x suka atau fikir buruk pasal aq..jahat kn aq ni..si kurus aq pon marah..setiap kali aq ckp mcm ni, dye kata aq merepek..mula2 xfhm, tp lama2 baru terasa nape aq mesti fikir aq ni x menggembirakan org len mcm org len yang sentiasa menggembirakan aq..xpe2, yg ni pon, aq berusaha untuk mengubahnya ye..  

sekian, wabillahitaufiq walhidayah ASSALAMUALAIKUM W.B.T ;)


#kepada yang sudi membca smpi habes, 
aq nk tmbh lagi 10ribu kali terima kasih  :D




Saturday, 31 December 2011

2011

assalamualaikum..

tgk tajuk pon korg dh tau kn??
so x yah cite la cmni..hahahahaha

x de lah, sbnrnye, aq boring gilak ni..kene tinggl sorg2 kat umah menjelang tahun baru..mmg lah aq jd bengong x tau nk watpe..adoih...
nk stdy, ngantok.nk kene baca pasal anaemia pulak tu..lg giler punya x best..hahahaha

aq x nk la cite review psl 2011 ni pon..just nk cite bnd yg aq rasa menarik kat tahun ni je..
hmmmmm,,
ape ea???

myb sbb cuti yg lama kot..sbb tu menarik..hahaha
x la..
actually sbb kejayaan aq setakat ni..
wpon x seberapa pon bg korg, tp bg aq sangat bermakna..

-->aq dapat mengharungi kehidupan kat matrik yg selalu org ckp susah..
-->aq berjaya jugak dpt masuk universiti dlm bidang perubatan yang semua org kata mustahil
-->aq dpt lulus dlm ujian wpon org semua lulus everytyme exam tp aq lulus sekali sekala je..

aq tetap berbangga dengan pencapaian aq setakat ni..rasanya, kalo ALLAH nk tarik nyawa aq skrg ni..aq dh redha kot wpon masih banyak dosa yg x terampun lg agaknya..tp lebih baik la drpd aq menambah dosa lg kn???huhuhu x de lah, just rasanya aq x regret sgt la now ni kalo nyawa aq di tarik..

sbb aq fikir, kalo ALLAH masih bg aq kehidupan yg berpnjangan, aq akn lebih bnyk menyusahkn parents aq.mcm arini, kesian diorg kene dtg dr segamat ke UPM ni semata-mata nk hntr makanan aq..mmbzr duit diorg, memenatkan diri diorg utk aq..padahal dr kecik lg pon, aq dh bnyk menyushkan diorg dgn segala mcm penyakit..then, insyaallah aq akn jadi seorg doktor yg diharapkan oleh org rmai..kalo aq x berjya nk slmtkn fmly diorg, diorg cnfrm akn blame aq..wpon sbnrnye semua tu kuasa ALLAH, tp aq fhm bila ad antara org yg kita syg meninggal, mesti kita x dpt berfikir rasional semua tu..pastu lg, aq akn kahwin, isnyaallah dengan sikurus ku= DIK NAZRIN NAZLI..kalo aq x dpt nk jlnkn tanggungjwb aq sbg isteri yg bek sbb kerja, dh menyaitkan hati suami aq plak..aq tau dye fhm, tp kalo dh hari2, msti kdg2 rasa marah tu ada punya.. tmbh pulak kalo aq dh ad ank, lg la berat tanggungjwb aq..kalo aq nk jd doktor pakar seperti harapan ibu bapa, keluarga dan org2 skeliling..haish

pape pon, aq akn sentiasa jdkn tahun 2011 ni sbbg pendorong semangat aq..sbb aq rasa sgt berjaya pada tahun ni..alhamdulillah

thnx for reading guys..semoga tahun yang akan datang ini menjadi tahun yg lebih baik, lebih berjaya dan lebih bermanfaat untuk kita semua..

happy new year!!!!


Sunday, 20 November 2011

SI KURUS KU...

sbnrnye ni point aq on9 td..
terlupa plak bile dh merepek meraban smbil baca note mutagenesis ni..
rasa kpl otak aq dh kene mutation dh..adoih!!

pape la..yg penting, 
aq nk wish 

HAPPY ANNIVERSARY 

kepada dik nazrin yang tercinta 
untuk percintaan kami yg ke 3tahun

alhamdulillah..bertahan jugak smpi ke hari ni..semoga bertahan selamanya..doakan kebahagiaan kami ye rakan2...amiiiinnnn



#untuk awak syg..
sy mohon ampun atas semua kesilapan sy
sy nk berterima kasih sgt2 kerana masih setia dgn sy
setia hingga ke saat ini..
thnx a lot syg..
i love u forever DIK NAZRIN <3

kebaikan solat

ok, post last utk harini..dh nk maghrib dh pon..
sila lah hayati ye rakan2..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
 
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
 
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
 
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
 sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta
 cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
 kalangan kamu yang perasan!!!)"



#kepada sesiapa yg sedang membaca, 
doakanlah kemudahan untukku dlm test isnin 8pg esok ye..
thnx semua
jasa kalian, allah saja yg membalas =)


SEDARKAH KALIAN???

assalamualaikum

hari ni aq dgn paksa rela menjejakkan kaki ke dewan kuliah utama(dku) fakulti perubatan UPM utk menghadirkan diri ke ceramah mengenai keusahawanan..namun bkn hanya pengetahuan mengenai keusahawanan shj yg aq dpt dari ceramah tu..ada doktor yg menjadi panel dlm program tersebut tlh berkongsi sedikit pengetahuan yang membuatkan aq tertarik ingin mengethauinya dgn lbh lanjut..ia berkenaan
BACAAN DALAM SOLAT..



prnh ke korg tau tntg apa makna bacaan dalam solat yg korg ulang 5 kali sehari??mungkin ramai yg pernah..tp disini, aq hamba allah yg leka ini baru tersedar bahawa aq x prnh mengetahui maksud setiap perkataan yg sentiasa aq ulang berpuluh2 kali setiap hari selain ALLAH MAHA BESAR dan al-fatihah..betapa bodohnya aq rasa saat itu..mungkin ank2 kecil di sekolah pon bukan setakat tau malah telah menghafaz apakah maksud sebutan mereka, tp aq yg dh nk jd doktor ni baru nak tahu..beristighfar aq..hampir menangis aq terkenang betapa tak khusyuknya solatku krn tidak mengetahui maksudnya..

jadi, di sini..aq mahu berkongsi dgn anda sekelian supaya sama2 lah kita khusyuk dlm solat kita agar doa2 yg kita baca didalam solat itu dimakbulkan Allah..insyaallah

makna bacaan dalam solat

TakbirAllah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

aq harap sgt korg x skip baca segala maksud ni walaupun korg dah tau..bacalah dengan menghayatinya walau beribu kali pon.ia tak akn jadi dosa, malah memberi bnyk pahala dan menjadikan bacaan korg itu sbg doa yg terbaik..mulai sekarang, marilah kita bersama menghayai bacaan dalam solat kita wahai rakan2 sekalian..

akhir kata, USAHLAH MEMANDANG SEMUANYA DENGAN MATA SEMATA-MATA, PANDANGLAH DENGAN HATI.KITA BUKAN HANYA DAPAT MELIHATNYA DIMANA-MANA TETAPI DAPAT MERASA RAHMAT KURNIAN-NYA..ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI!!!


Friday, 14 October 2011

#others 4

Jangan mencari pasangan yang terlalu sempurna... BUAT PEDOMAN BERSAMA...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa
kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....



peringatan kepada rakan2 dan diri sendiri :)

ni  yg terakhir malam ni, sbb esok aq ad game..pertandingan bila baling antara kolej2 di upm..doakan kemenangan kolej 17 ye kawan2..penat kot praktis ari-ari..hope dpt tmpt ke 2 ke 3 keseluruhan pon dh bersyukur sgt2..ya ALLAH, permudahkanlah urusan kami.semoga kami tidak mengalami sebarang kecederaan serius malah kecederaan kecil termasuk perbalahan sesama sendiri atau dengan team lain..semoga semuanye berjalan lancar..amiiinnnnn


dan, nk share ni..aq fail first assessment aq ari tu..dpt 44%..yg tu utk general anatomy n embryology..yg td exm cell n excitable tissue sgt membuatkan aq tension menjawab..susah giler siot...hope lulus je..dpt 50 pon jadilah..amiiinnnnn

k, salam....

#others 3

==========>>>

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
... Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU n BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH n SAYANG.... ♥


============>>>

GINJAL tanya JANTUNG.. "syg di mana ?"
JANTUNG jawab "tak tahu.."
JANTUNG pun tanya PARU-PARU "syg di mana ?"
PARU-PARU cakap "tak tahu.."
PARU-PARU tanya HATI lak "syg di mana ?"
HATI pun jawab "syg di sini..."
GINJAL, JANTUNG & PARU-PARU hairan... "Kenapa syg ada di hati ??" HATI jawab.. "Hati di pilih oleh Allah untuk memiliki syg.. Kerana syg, Hati rela Menangis, Hati rela Dilukai.. Dan kerana syg, Hati rela Berkorban." ♥♥♥ itulah HATI ku..


==============>>>

••Sαyα tαk bαgus dαlαm [ENGLISH] ,
Tapi sαyα boleh bαgitαhu yαng [I LOVE YOU] ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [GEOGRAFI] ,
Tαpi sαyα boleh tαhu αwαk tinggαl dαlαm [HATI] sαyα ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [SEJARAH] ,
Tαpi sαyα [INGAT FIRST TIME] sαye kenαl αwαk ..
••Sαyα tαk bαgus dαlαm [KIMIA] ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu [TINDAK BALAS] sαyα bilα αwαk senyum ..
••Sαyα [TIDAK HEBAT] dαlαm tiαp-2 subjek ,
Tαpi sαyα boleh bαgitαhu αwαk yαng sαyα hebαt dαlαm semuα [SUBJEK] ,
jikα TOPIC nyer iαlαh AWAK !



ok, agak jiwang..sila abaikan jika anda baru lps clash or x de bf yg special lg ke..huhuhu men2 je..baca lah ye.maaf jika ayat2 ni menggelikan ketiak anda.nama pon copy paste kan..hambik je la :)

#others 1



ok, kwn2..now aq dh mmg x de idea giler..tp tgn cam terlampau sgt mengaatal nk wat entry..
so, caranye adalah......................................
COPY POST org...heeeeeee

ayat mcm jht gilak, tp sory ckit ea..aq copy bnd yg diorg pon copy kat org len gak.. xde lah aq nk copy bnd yg sah2 berlampu lagi berlilin diorg type sendiri menggunakan ayat sendiri..aq pon x nk org wat cmtu kat post aq..mmg aq berterima kasih sesangat kpd org yg berjaya jumpa bnd2 best yg wat aq tertarik nk post kat blog aq ni..(bajet blog wanted yang entry sume best2 je..kuikuikui)

nway, others=org len punye dri kamus diri aq..hahaha so, bile korg nmpk tajuk tu tulis OTHERS..korg faham2 sndri la ye.. :) 

till then, aq nk copy lg..heeeeeeeeee