Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

jom layan doodle yg menarik ni ;D

assalamualaikum



terasa??pedas x???uih, aq pon merasa gak lepas baca ni..
ya ALLAH, ampunilah dosa hamba-Mu ini..
berilah aq peluang untuk terus mencuba, menjauhi diri daripada terlalu mengikut nafsu pemberian-Mu..

alhamdulillah, tahniah kepada sesiapa yang berjaya menghabiskan bacaan ilmu ini..
marilah kita penuhi masa lapang kita dengan membaca cerita2 dan pelbagai qoutes menarik melalui doodle dari Doodle Dakwah ini ye..sape ada doodle yg menarik pon boleh di kongsi bersama di situ..
salam'alaik :)

Sunday, 20 November 2011

kebaikan solat

ok, post last utk harini..dh nk maghrib dh pon..
sila lah hayati ye rakan2..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
 
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
 
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
 
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
 sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta
 cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
 kalangan kamu yang perasan!!!)"



#kepada sesiapa yg sedang membaca, 
doakanlah kemudahan untukku dlm test isnin 8pg esok ye..
thnx semua
jasa kalian, allah saja yg membalas =)


SEDARKAH KALIAN???

assalamualaikum

hari ni aq dgn paksa rela menjejakkan kaki ke dewan kuliah utama(dku) fakulti perubatan UPM utk menghadirkan diri ke ceramah mengenai keusahawanan..namun bkn hanya pengetahuan mengenai keusahawanan shj yg aq dpt dari ceramah tu..ada doktor yg menjadi panel dlm program tersebut tlh berkongsi sedikit pengetahuan yang membuatkan aq tertarik ingin mengethauinya dgn lbh lanjut..ia berkenaan
BACAAN DALAM SOLAT..



prnh ke korg tau tntg apa makna bacaan dalam solat yg korg ulang 5 kali sehari??mungkin ramai yg pernah..tp disini, aq hamba allah yg leka ini baru tersedar bahawa aq x prnh mengetahui maksud setiap perkataan yg sentiasa aq ulang berpuluh2 kali setiap hari selain ALLAH MAHA BESAR dan al-fatihah..betapa bodohnya aq rasa saat itu..mungkin ank2 kecil di sekolah pon bukan setakat tau malah telah menghafaz apakah maksud sebutan mereka, tp aq yg dh nk jd doktor ni baru nak tahu..beristighfar aq..hampir menangis aq terkenang betapa tak khusyuknya solatku krn tidak mengetahui maksudnya..

jadi, di sini..aq mahu berkongsi dgn anda sekelian supaya sama2 lah kita khusyuk dlm solat kita agar doa2 yg kita baca didalam solat itu dimakbulkan Allah..insyaallah

makna bacaan dalam solat

TakbirAllah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

aq harap sgt korg x skip baca segala maksud ni walaupun korg dah tau..bacalah dengan menghayatinya walau beribu kali pon.ia tak akn jadi dosa, malah memberi bnyk pahala dan menjadikan bacaan korg itu sbg doa yg terbaik..mulai sekarang, marilah kita bersama menghayai bacaan dalam solat kita wahai rakan2 sekalian..

akhir kata, USAHLAH MEMANDANG SEMUANYA DENGAN MATA SEMATA-MATA, PANDANGLAH DENGAN HATI.KITA BUKAN HANYA DAPAT MELIHATNYA DIMANA-MANA TETAPI DAPAT MERASA RAHMAT KURNIAN-NYA..ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI!!!