Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

jom layan doodle yg menarik ni ;D

assalamualaikum



terasa??pedas x???uih, aq pon merasa gak lepas baca ni..
ya ALLAH, ampunilah dosa hamba-Mu ini..
berilah aq peluang untuk terus mencuba, menjauhi diri daripada terlalu mengikut nafsu pemberian-Mu..

alhamdulillah, tahniah kepada sesiapa yang berjaya menghabiskan bacaan ilmu ini..
marilah kita penuhi masa lapang kita dengan membaca cerita2 dan pelbagai qoutes menarik melalui doodle dari Doodle Dakwah ini ye..sape ada doodle yg menarik pon boleh di kongsi bersama di situ..
salam'alaik :)

Saturday, 17 March 2012

mari amalkan ye :)


assalamualaikum...
mcm biasa semua qoutes or pic yg aq post pastinya bukan terhasil dari idea aq yg jarang bernas ni..
so, tau2 la kan..mana lg kalo bkn fb or others blog :D

so, marilah kita amalkan bersama ye..
sape yg x nk pon x pe..
aq pon x pasti la benda ni betul ke x
bab amek wudhuk tu tau la, yg dua lg tu wallahualam..
tp asalkan perbuatan ini x bertentang dengan agama, apa lah salahnya kita amalkan..
ye dak???? :)

sehingga berjumpa lagi dlm post yg akn dtg..bye guys ;p 
*pernah ada cita2 nk jadi host dulu..HAHAHAHA


#jap nk wat post lg satu tuk hangpa suma :)


Friday, 16 March 2012

jodoh ;)

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!

Sunday, 20 November 2011

kebaikan solat

ok, post last utk harini..dh nk maghrib dh pon..
sila lah hayati ye rakan2..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
 
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
 
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
 
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
 sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta
 cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
 kalangan kamu yang perasan!!!)"



#kepada sesiapa yg sedang membaca, 
doakanlah kemudahan untukku dlm test isnin 8pg esok ye..
thnx semua
jasa kalian, allah saja yg membalas =)


SEDARKAH KALIAN???

assalamualaikum

hari ni aq dgn paksa rela menjejakkan kaki ke dewan kuliah utama(dku) fakulti perubatan UPM utk menghadirkan diri ke ceramah mengenai keusahawanan..namun bkn hanya pengetahuan mengenai keusahawanan shj yg aq dpt dari ceramah tu..ada doktor yg menjadi panel dlm program tersebut tlh berkongsi sedikit pengetahuan yang membuatkan aq tertarik ingin mengethauinya dgn lbh lanjut..ia berkenaan
BACAAN DALAM SOLAT..



prnh ke korg tau tntg apa makna bacaan dalam solat yg korg ulang 5 kali sehari??mungkin ramai yg pernah..tp disini, aq hamba allah yg leka ini baru tersedar bahawa aq x prnh mengetahui maksud setiap perkataan yg sentiasa aq ulang berpuluh2 kali setiap hari selain ALLAH MAHA BESAR dan al-fatihah..betapa bodohnya aq rasa saat itu..mungkin ank2 kecil di sekolah pon bukan setakat tau malah telah menghafaz apakah maksud sebutan mereka, tp aq yg dh nk jd doktor ni baru nak tahu..beristighfar aq..hampir menangis aq terkenang betapa tak khusyuknya solatku krn tidak mengetahui maksudnya..

jadi, di sini..aq mahu berkongsi dgn anda sekelian supaya sama2 lah kita khusyuk dlm solat kita agar doa2 yg kita baca didalam solat itu dimakbulkan Allah..insyaallah

makna bacaan dalam solat

TakbirAllah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

aq harap sgt korg x skip baca segala maksud ni walaupun korg dah tau..bacalah dengan menghayatinya walau beribu kali pon.ia tak akn jadi dosa, malah memberi bnyk pahala dan menjadikan bacaan korg itu sbg doa yg terbaik..mulai sekarang, marilah kita bersama menghayai bacaan dalam solat kita wahai rakan2 sekalian..

akhir kata, USAHLAH MEMANDANG SEMUANYA DENGAN MATA SEMATA-MATA, PANDANGLAH DENGAN HATI.KITA BUKAN HANYA DAPAT MELIHATNYA DIMANA-MANA TETAPI DAPAT MERASA RAHMAT KURNIAN-NYA..ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI!!!


Tuesday, 15 November 2011

cadangan!!!! =)

assalamualaikum kalian yang membaca..

dh lama sgt x menaip ni..dh jd x reti plak nk wat ayat..huhuhuhu
lgpon, entry kali ni pon still x de bnd nk ckp sgt..
just nk mencadangkan kat kalian semua untuk merajinkan diri, mencari masa untuk membaca blog sikurus aq yg dh mula nk berjinak-jinak dgn dunia blogging ni..walaupon baru, ayat dye lg power dr aq beb..terkesima aq baca blog dye..ayat yg sgt menarik, entry yg open untuk pembacaan semua, x boring langsung, sangat DAEBAK lah sikurus aq tu..
oleh itu, aq bg kalian baca sendiri dan percayalah, banyak kebaikannya korg g bukak blog dye..tp jgn expect la bnyk gila entry korg nk baca..budak baru beb, mesti lah x sama banyak ngan korg..standard lah kan..sikurus aq tu bukan jakun cam aq..tyme ad masa je, smpi 5 ke 6 entry nk post sehari..mmg merepek lah kan..

ni dye 

NILAMEMAS.BLOGSPOT.COM

dan dye ad letak lagu yg sangat menenangkan..bagi aq la..kalo korg rasa merimaskan, sukati kalian lah..hehehehe
bnyk sgt ke aq puji sikurus tu??
biasalah, org tersayang..
sume org yg aq syg aq puji..x caya???g la geledah entry2 aq yg lepas2 tu sume..huhuhuhu
kalo malas, x yah..x paksa pon :p

ok lah, x tau nk taip ape dh..k, till meet again next tyme ye kalian =)


#sgt laju ye dongle 4G ni..bley la korg beli pasni..hehehe

Tuesday, 23 August 2011

i really REALLY hate u!!

emo giler kn tajuk dye??hahaha bkn nk wat cite bengang-bangang lg dh pon..jgn risau..aq just nk share bnd yg aq x suke org kat sekeliling aq wat..dan aq rasa korg pon mesti setuju ngan pe yg aq ckp ni..sbb bnd yg aq x suke ni bkn setakat bley menyakitkan ati je, tp boleh merosakkn keadaan n juga mengundang bahaya kepada kesihatan masyarakat..ok, x yah nk suspen sgt bnd pe yg aq x suke, aq teruskn bgtau je la ea..

SMOKERS

ni mmg first ranking lah dlm hidup aq..mmg aq benci giler berada di kalangan org cmni..smpi tu, even org yg smoking ni baik+alim+rajin+sopan+hensem/cun+pandai cmne skali pon, aq still akn pandang serong dan sentiasa fikir negatif kat diorg..lg2 lah, kalo org tu dh sememangnye perangai x elok, x cun/x hensem dan jahat..aq pon x tau kenapa aq benci giler kat diorg ni..mayb sbb fmly aq x de spe smoking+aq ad pkck yg smoking dan bawa penyakit merbahaya yg menyebabkan dye sengsara(lumpuh) now ni..pe yg korg dpt bile smoking weh??sumpah aq x fhm..bazir duit, bazir masa nk g beli dan ia merosakkan diri sendiri..ko ingat ko dh bnyk sgt ilmu ke smpi ko nk sgt bunuh diri ko senyap2??badan ko tu cume pinjaman dari ALLAH je weh..pinjam fhm x???ko dpt bdn ko tu elok, xkn ko nk pulangkan balik kat ALLAH nnt dgn keadaan yg teruk n rosak??itu namanye x amanah tau x??

dah berdosa dh x menjalankan tanggungjawab dgn bek, x menjaga amanah ALLAH, pastu merosakkan diri yg wat ko menyusahkan org len nk kene jaga ko bile ko dah sakit nnt, lagi korg dh menyebabkan org yg ad berhampiran korg bakal mendapat sakit gak..kire korg punca org len sakit..contohnya (kalo korg ni anak)korg smoking kat umah, korg hisap rokok depan mak ayah korg, makin cepat lah mak ayah korg meninggal dunia,korg nk??org yg melahirkan dan membesarkan korg dari kecik smpi besar  mati sebab korg??baik korg g amek je pisau ke parang tetak mak ayah korg tu..biar diorg mati cepat, x seksa nk tanggung sakit lah ape, (kalo korang bapak/mak)korg hisap rokok depan isteri/suami dan anak2..penat ko cari psgn hidup, wat majlis kawen smpi membazir duit beribu-ribu, wat sex ngan dye smpi dapat anak, pastu korg nk bunuh je pasangan dan anak korg tu mcm tanam kacang je..baik korg x yah kawen, hidup sorg2, x yah gatal nk g tackle org, x yah nk gatal wat sex smpi dpat ank..tambah plak membazir rezeki yang ALLAH bagi..x kira la rezeki tu halal ke x, it still rezeki dari ALLAH..so, ko kene gunakan dgn baik ke jalan ALLAH..nmpk sgt lah x de kebaikan lgsg merokok ni..setakat nk hilangkan tension, bnyk lg cara lain yg x membazir, x membahayakan kesihatan dan x menyusahkan org len..contohnye korg amek wuduk, solat, baca al-quran, baca tafsir al-quran, hayati keindahan ciptaan ALLAH dan luangkan masa dengan keluarga or org tersayang korg or kwn2..x de lah deppress sgt hidup korg tu..

yg plg aq rasa org smoking ni bodoh, bile diorg beli rokok, tp x nk yg gmbr budak mati, xnk jantung rosak, x nk gmbr kaki rosak tu sume..padahal benda tu sume jd kat korg lah..ad kat bdn korg tu..korg je yg belum nmpk lg..yg korg nk geli+takot+xnk tgk tu npe??ko ingt badn korg tu x jijik cm gmbr2 kat kotak rokok tu ke??bdn korg sme je cmtu la..hahahahaha dan aku bersyukur sangat si kurus aq x smoking, even kalo korg tgk dye korg akan salah anggap yg dye tu cm smoker sbb dye kurus+bibir hitam ckit..tu sume sbb belum dpt belaian dan layanan dari aq lg tu..dh kawen nnt ok lah..hahahaha(abaikan)


ORG IKUT MOOD SENDIRI
sumpah lah menyampah ngan korg weh..korg ingat korg je ke yg ada mood utk diikut??kitorg ni x de ke??mmg silap la tanggapan korg tu..kalo korg bley ikut mood korg, kitorg pon boley la..cume kitorg ni bijak mengawal diri sendiri mengikut keadaan..yg korg tu, bajet sume org nk ikut kepala korg je..korg ingt bila korg tetibe ad mood malas, kitorg ni nk ad mood rajin tlong ko??ALLAH bg kepala masing2 siap dengan otak dan akal lg, pndai2 lah fikir tntg org len jugk ye!!aq x kata salah pon ikut mood ni, tp kalo dh melampau dan mengakibatkan suasana yg ceria jd kelam sbb korg punye perangai yg asyik nk ikut mood tu je, mmg x munasabah lgsg lah weh..

aq bg contoh ea,(suasana tyme kite tgh shopping) d ke org tyme shopping sedih2, malas2, marah2??bengang2 mayb ad..tp selalu org g shopping sbb nk have fun la kn, nk enjoy, nk release tension, tp tetibe tgh shopping ni korg TETIBE rasa x de mood sbb baju korg x cntik, padhl awal nk kuar td ok je, korg x komen pon pasal baju tu..pastu korg yg terlalu ikot mood ni, jd malas gile nk berjalan, bercakap n melayan kwn2..korg terus rasa nk balik..pdhl baru stgh jam berjalan dan pe yg dicari x jumpe pon lagi..korg mmg sgt menyakitkan hati lah weh..fhm lah skit perasaan org len yg nk cari brg pe sumr, korg tetibe nk mrh2 cm org tu wat slh kat korg..sengal giler doe korg ni!!(suasana tyme tgh mkn)ko tgh bork2 smbil makan, tetibe nmpk ad prmpn cun nk ngorat bf korg..pastu ko nk ikut bad mood ko, x nk mkn lah, nk bangung terus kuar dri tmpt mkn tu lah, dan plg teruk ko mengamok n marah either bf or prmprn cun tu..mmg memalukan giler la ko ni..agak2 la weh, ko boleh wat cmtu kalo bf ko pon layan gak prmpn yg menggatal kaco bf ko tu..tp kalo ko sorg je yg perasan prmpn tu pndg2 bf ko pdhl bf ko x lyn+prmpn tu just pndg je sbnrnye, ko mmg silap lah nk ikot mood merepek meraban ko nk mrh2 weh..

ok, dr pada tajuk ni, ad je bnd yg elok korg boleh kalo nk ikut mood ni..it is the only if mood korg tu mood hepy n mood nk happyk org..mmg digalakkan sgt lah korg nk ikot mood tyme tu..but, ad gak pantang dye, jgn over sgt ye..silap2 org akn ingat ko dh terlebih mkn ubat or diorg terus hantar ko g tanjung rambutan..nasib lah kalo jd cmtu kn..hahahaha dan utk si kurus ku, sy nk mintak maaf lah ye kalo ad terikut mood..mne tau sy x perasan ke kn??kdg2 kita nmpk slah kat org len, tp slh sendiri x perasaan..mianhea yoboya(bahasa korea yg ejaan xtau betul ke x bermaksud maaf ye sayang)


ORG YG SLAH GUNAKAN TANDAS
comelnye toilet ni..cnfrm aq x nk gune sbb x nk kotor..heeeee

korg x kesah ke dgn org cmni??aq mmg menyampah giler seh..lg2, org tu gune sblm aq or org tu gune toilet yg aq suke..korg pon mesti ad toilet yg korg suke kn??(utk spe2 yg pernah duk hostel la)aq kat stf n kmns dulu, every floor aq dh book toilet mne yg best n toilet tu je yg akn aq masuk kalo tyme org x rmi..so, bile org yg menggunakan tandas b4 aq tu sgt pengotor tahap selekeh nk mati, aq sure akn maki habes lah, even aq x tau spe pon yg gune..ad tyme tu, aq g ceroboh masuk toilet ckgu kat skolah, n toilet tu kotor giler dgn air bertakung lah bagai kn..pe lg, aq kutuk lah ckp, 'ish cikgu pon pengotor cmni, ank murid pe ntah lg'..heeeeee maaf ye ckgu2, mungkin bukan kalian yg menggunakan toilet itu, myb org2 mcm aq yg malas nk berlari g toilt student yg jauh n masuk toilet ckgu yg wat ke kan??sori ye..hehehehe kalo kat umah ni plak, ad dua toilt, dn aq xkn masuk toilet yg ADIK bru lepas masuk..sbb dye pemalas nk simbah toilt lepas gune..terus kuar je..mmg mak datuk btol la bdk kecik tu..geram btol, kalo dh terpaksa tu, mmg mengomel je la aq sorg2, pastu kuar toilet g 'piat' telinga dye..hahaha(piat tu bermaksud pulas..x tau bahasa pe)


ORG YG MARAH/KUTUK AQ X SUKE KUCING
pe mslh korg weh??suke ati aq lah nk x suke kucing ke x suke anjing ke x suke babi ke x suke ular ke..yg korg nk kutuk2 aq mcm korg tu perfect giler tu pehal??korg pon mesti ad bnda korg allergic n x suke kn??so what??pe yg nk jadi hal sgt?smpi nk marah2 cm aq menyusahkan korg je bile aq x suke kucing tu..dh aq xnk dkt, xnk jln ngan diorg, x nk tgk diorg, bknnye aq sruh korg bunuh kucing tu ke pe..wpon kdg2 kalo kucing tu msuk bilik aq menjerit suruh bawak kuar kucing tu..itu menyusahkn ke??itu penting tau x??bilik tu tempat solat, kucing tu bkn pkai selipar ke pakai kasut yg bile dye pijak atas lantai bilik tu jd x kotor mcm kaki ko pijak lntai..x kire lah comel cmne pon kucing yg masuk bilik tu, its still kotor bile dye pijak tempat solat kita..korg bley jwab pakai la sejadah..memang la, tp ko nk pijak dari pintu masuk bilik ke sejadah tu, ko pijak mne??tmpt kucing tu jln kn??so, kalo ko rse x kotor, baik ko g kuar bilik n g toilet x yah pki selipar..kalo ko rasa wudhuk ko x batal bile ko pijak tempat kotor or pakai bju kotor yg ad bekas kekotoran kucing tu, ko teruskan lah dgn pe yg ko nk..bg aq, wudhuk aq x sah, dan ia akn menyusahkan aq nk kene bersihkan bilik b4 solat..si kurus pon selalu gelakkan aq sbb takut kucing..sedihnye :(

ORG YG SUKA KATA ORG LEN X CNTK/HENSEM
aq pon pernah ckp org len x cntik, tipu la x pernah..tp ni selalu..fhm x selalu??asal jumpe org je kata 'eee, x cntiknye prmpn tu', 'x hensem nye cara laki tu mkn', 'bajet cntik la pki mekap tebal2 tu?', 'buruk giler cara dye berjalan'...weh, ko sape yg nk judge org??ko tu cntik sgt ke??dh dinobatkan sbg org plg cntik/hensem di dunia ke yg ko ad kuasa nk kutuk muka, gaya dan cara org sesuka ati..tu sume pemberian ALLAH ok??yg ko kutuk tu, ciptaan tuhan..biar dye lah nk gaya pe pon..ko x suke sudah, ckp ngan diri sendiri jgn jadi cmtu..ni sibuk nk canang kat org len bajet ko tu perfect giler..ko pon ad kekurangan jugak, ko x tau or x sedar sbb ktorg x ckp kat ko cm ko sibuk ckp psl kitorg ni..kalo kitorg ckp kang, ko x cye or x nk ngaku or kata kitorg ni dengki padahal ko tu yg dengki giler nk mati..senget en org2 cmni??x fhm aq.. kalo perasan cntik sndri tp x kutuk org bley terima lg(mcm aq..heeeee)


dah, tu je kot..kalo ad lg yg aq teringat, aq update..(asal aq pnye ending ayt every post sme ha??)yeke??maaf lah..sbb pe yg aq tulis ni ialah ape yg aq mksudkn..nnt korg pelik pulak npe cm bnd yg korg x suke, aq x notice kat sini..kdg2, bkn sbb aq suke, tp sbb x ingt..kalo ingt nnt aq update lah..hehehehe



#sedihkan bile menyayangi org yg terpaksa menyayangi kita??haish

Thursday, 11 August 2011

aq???? :(

Pencinta Bidadari | iluvislam.com + discover the beauty of islam


aq tertarik sgt dgn ayat ni..




Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


mampukah aq menjadi seorang wanita solehah??
layakkah aq memegang gelaran wanita solehah itu???


ya ALLAH, sesungguhnya aq sedang berusaha ke arah itu..
bantulah hamba MU ini dlm melalui perjalanan ku di dunia MU agar aq mendapat kesenangan di akhirat MU..
amin ya rabbalalamin...